top of page

INDUSTRY TALK WITH EN BUSTAMAM MOKHTAR & EN DIN ARSHAD

Pada 4 Januari 2023, satu program hasil gabungan diantara subjek PCT274, PCT306 dan persatuan SIDIPCI diberi nama Alumni Industry Talk telah diadakan bersama tetamu jemputan, En Bustamam Mokhtar dan En Din Arshad. Program selama sehari di perkarangan Galeri RiFOME dan Studio Fotografi serta Bilik Mesyuarat Utama diadakan untuk memberi pendedahan serta pengalaman daripada pakar dari industri luar yang telah lama berkcimpung dalam dunia fotografi fesyen dan potret. 

Sesi pertama pada pagi dimulai dengan demonstrasi oleh En Bustama Mokhtar tentang cara penggunaan cahaya di studio serta set-up untuk fullfigure dan half figure bagi pelajar melihat dan merasai bagaimana cara pengendalian studio di industri. Penggunaan model serta makeup dan tatarias juga turut terlibat sama agar pelajar dapat mempelajari selok belok yang sangat berharga daripada pakar terkenal. 

Sesi kedua pada sebelah petang pula memperlihatkan pakar fotografi potert iaitu En Din Arshad mendemonstrasikan cara memotret di Bilik Mesyuarat Utama (BMU) bersama beberapa pelajar yang terlibat. Sewaktu demonstrasi, En Din Arshad juga berkongsikan pengalaman beliau yang lebih berbelas tahun berkecimpung di dalam industri fotografi di Malaysia bersama pelajar dan juga pensyarah.

bottom of page