top of page

SEMAI 2022

Program SEMAI 2022 yang telah diadakan 3 November 2022 berlangsung dengan jayanya dimana penyertaan daripada kesemua pelajar Koleh Pengajian Seni Kreatif (KPSK) turun sama-sama melakukan aktiviti selama satu hari. Program tersebut di mulai dengan aktiviti senam pagi di perkarangan ruang letak kenderaan non residence (NR) sebelum kesemua pelajar bergerak untuk aktiviti 10,000 langkah dimana pelajar berjalan mengelilingi kampus UiTM Cawangan Melaka sebagai satu pasukan yang besar, dimana ianya diakhiri di perkarangan bangunan Ibnu Khaldun. 

​

Seterusnya, program SEMAI dipenuhi dengan aktiviti berkumpulan dimana pelajar dari setiap jabatan berkumpul dan berbincang untuk menyelesaikan masalah dan tugasan yang diarahkan sehinga selesai. Program ditangguhkan pada tengahari dan bersambung pada sebelah malam, dimana aktiviti kemuncak adalah sesi pemantapan rohani bagi pelajar agar mereka dapat belajar erti tanggungjawab sebagai seorang pelajar di UiTM. Program SEMAI diakhiri dengan pertunjukan bunga api dan sesi bergambar beramai - ramai. 

DSC04558.jpg
bottom of page